domainname: https://www.mydigitalkontraktor.com.my
Our Project
No Data/Record Found
About Us
BINA
Bina Tamshah Sdn Bhd (BTSB) telah diperbadankan pada 19 November sebagai Kontraktor Binaan dan Pedagang Bahan Binaan yang memfokuskan kepada kerja-kerja pemasangan paip- paip air, kerja membuat jalan, dan pembelian dan pembekalan Bahan Binaan. Pada awal penubuhannya, syarikat kami banyak melakukan kerja-kerja yang berkaitan dengan paip-paip air, perparitan serta membuat dan menyiapkan prasarana-prasarana yang ada hubung kait dengan kerja kerja air. Dengan Pengalaman yang ada dan reputasi syarikat yang baik maka syarikat kami telah ditawarkan dengan berbagai-bagai projek yang membabitkan kerja-kerja sepertia membuat jalan, membina banguna serta pembinaan yang lain. Syarikat kami juga mempunyai tenaga pengurusan yang cekap, professional serta disiplin yang tinggi. Justeru itu, syarikat kami telah didaftarkan dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Lembaga Pembangunan Industri Binaan Malaysia (CIDB), Kementerian Kerja Raya Malaysia (Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan) untuk Taraf Bumiputera dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) untuk permit Bekalan air dan Pembetungan. Ini akan membolehkan syarikat kami terus berkembang dan melaksanakan banyak lagi projek-projek mega yang lebih besar pada masa akan datang dengan tenaga professional yang sedia ada. Syarikat kami berpegang kepada komitmen untuk berusaha menjadi syarikat yang mengutamakan kualiti yang bertaraf antarabangsa, beretika serta memainkan peranan aktif dalam industri pembinaan di Malaysia. Dengan tenaga kerja yang cekap dan professional, pengetahuan teknologi terkini, pengalaman dan reputasi syarikat yang baik, kewangan yang kukuh serta kerjasama dan sumbangan dari pelanggan-pelanggan, kami akan terus berkembang ke taraf nasional dan antarabangsa pada masa depan. Bima Tamshah Sdn Bhd (BTSB) komited sepenuhnya pada peningkatan kualiti melalui penambahbaikan berterusan dengan mengikut prinsip-prinsip: B - Bina Kualiti T - Tepat pada Masanya S - Sentiasa Berusaha untuk Penambahbaikan Berterusan B - Beri yang Terbaik Sehubungan denan polisi BTSB di atas, syarikat sedaya upaya berusaha gigih untuk membina kualiti yang terbaik bagi produk dan perkhidmatan mengikut masa yang telah ditetapkan dan sentiasa bersedia serta berusaha untuk penambahbaikan berterusan dengan memberikan yang terbaik bagi melaksanakan projek-projek yang diterima. Objektif ini dapat dicapai dengan memperkukuhkan lagi sistem dokumentasi dan proses prosedur-prosedur yang dikenali juga sebagai ISO 9001:2015. Disamping itu juga, syarikat kami juga menitikberatkan keselamatan dan kesihatan pekerja dengan menepati prosedur ISO 45001:2018 bagi memeberikan yang terbaik demi mencapai objektif. Syarikat juga telah berjaya mendapat pengiktirafan tersebut dan telah diberikan Sijil ISO9001:2015 juga Sijil ISO 45001:2018 oleh AJA EQS CERTIFICATION SDN BHD. Harapan kami agar mendapat kerjasama dan pertimbangan yang sewajarnya dari organisasi tuan amat kami hargai serta di dahului dengan rubuan terima kasih.
Management Team
SR
PENGARAH URUSAN
SR M. A. ZAABA BIN YUSOF
1- Mengurus dan mentadbir syarikat dan projek- projek syarikat. 2- Menyelaras kesuluruhan operasi memenuhi visi dan misi Syarikat 3-Mengurus, mengawal dan mengawasi perjalanan aktiviti syarikat
SR
NORHAYATI
SENIOR ACCOUNT EXECUTIVE
NORHAYATI BINTI MAT YUSOP
1- Menguruskan hal hal kewangan syarikat 2- menguruskan hal berkaitan dengan kewangan dan akauntan syarikat sepenuhnya dari segi cukai, pembayaran, penyataan kewangan, audit dan lain lain yang berkaitan
NORHAYATI
ROHYZAM
GENERAL MANAGER
ROHYZAM MERICAN BIN NAINA MERICAN
1- memantau dan menguruskan kebajikan dan hal ehwal pekerja
ROHYZAM
SITI
HUMAN RESOURCE EXECUTIVE
SITI HAWA BINTI YUSOP
1- Menguruskan hal ehwal dan kebajikan pekerja. 2- memastikan keperluan pekerja mencukupi. 3- membuat penilain pretasi terhadap pekerja setiap tahun. 4- memastikan pengurusan sumber manusia dalam syarikat menggunakan sistem yang sumber manusia yang sistematik.
SITI
CIDB Category
Grade 7 - Building
B04 (Kerja-kerja pembinaan bangunan)
B05 (Kerja cerucuk)
B12 (Kerja pemasangan kaca)
B29 (KERJA BANGUNAN - HOSPITAL)
B01 (IBS: Sistem konkrit pasang siap)
Grade 7 - Civil Engineering
CE13 (Pemasangan papan iklan)
CE41 (Kerja membina takungan air)
CE40 (Kerja-kerja pengorekan dan kawalan hakisan)
CE36 (Kerja-kerja tanah)
CE34 (Kerja pemasangan konkrit pratuang)
CE21 (Pembinaan kejuruteraan awam)
CE20 (Sistem bekalan air)
CE19 (Sistem pembentungan)
CE10 (Kerja cerucuk)
CE06 (Struktur saliran
pengaliran dan kawalan banjir)
CE04 (Empangan)
CE03 (Struktur merin)
CE02 (Pembinaan Jambatan dan jeti)
CE01 (Pembinaan jalan dan pavemen)
Grade 7 - Mechanical & Electrical Engineering
M01 (Sistem hawa dingin dan pengedaran udara)
M15 (Kelengkapan mekanikal pelbagai)
M19 (Pemasangan kelengkapan loji)
M22 (Sistem Pam)
No Data/Record Found